Monday, February 25, 2008

The latest News - My album "AdeX 1" released 23 Feb 2008


Hi Kawan-kawan, pengunjung blog, penyokong muzik KaDuS dan semua peminat seni muzik Ethnik Sabah,
Salam Pertemuan kepada semua!!! Dua hari yang lepas(23/02/08) saya turun ke KL bagi mendapatkan cetakan pertama untuk CD terbaru saya yang berjudul " AdeX 1".Seperti dijanjikan oleh syarikat percetakan di KL, CD ini telahpun siap sepenuhnya dan sedia untuk dipasarkan. Selang beberapa jam selepas mengambil CD tersebut beberapa rakan yang mengenali saya disekitar Lembah Kelang, Shah Alam dan Banting telahpun menghubungi saya untuk mendapatkan CD ini. Suatu yang diluar jangkaan saya apabila CD ini mendapat sambutan yang sanggat menggalakkan terutama apabila mereka mendengar lagu-lagu yang ada didalam CD ini. Gembira sambil terharu dibuatnya kerana mereka sangat-sangat menghargai kehadiran orang baru dalam bidang ini.Thanks God!!!).Beberapa jam bersama dan berkongsi kesah serta pengalaman dengan mereka merupakan sesuatu yang bermakna bagi diri saya dan mungkin juga untuk mereka.
Kini saya sedang dalam proses meyusunan jadual promosi di sekitar kawasan Johor(JB), Melaka dan Kuala Lumpur.Saya percaya hanya dalam masa sekurang-kurangnya 1 bulan, barulah CD ini akan dipasarkan di Sabah dan W.P. Labuan.Keadaan ini sangat-sangat dipengaruhi oleh faktor masa saya yang terhad kerana saya mempunyai komitmen kerja sebagai rutin harian.
Buat masa sekarang ini bagi rakan-rakan yang benar-benar ingin menjadi antara orang terawal mendapatkan CD ini boleh mendapatkannya melalui pos dengan berhubung terus dengan saya melalui HP:013-8932850.CD in berharga RM19/pc.Pos charges akan ditanggung oleh pembeli dengan menghantar melalui pos laju atau courier.
Aramaitii......bilang c Rich...& peace!!!
**Kamurang dengar-dengarlah preview lagu sa ni...4 lagu sa simpan dan kamurang buleh dingar lepas beli CD ni.2 buah lagu adalah yang sa jangka hits(yg hits ni kena tapuk-tapuk dululah..hehe..jangan marah)

(bersama peminat + pembeli)


(Peminat + pembeli)


(bersama seorang pembeli + peminat lah mangkali)


(Bersama Mr.Monso.Penyokong & peminat Tegar Lagu-Lagu Dusun)

Wednesday, February 20, 2008

Celeberate CNY di Studio...



3 Feb yang lalu,saya sudah berada di KK dan bercuti selama seminggu konon2nya untuk merayakan Chinese New Year seperti tahun-tahun yang sudah..ingatkan dapat enjoy sakan di kampung tetapi selang beberapa hari saya terpaksa turun ke KK untuk menyambung proses final mixing bersama dgn Mr.Don...argh....penat tetapi menyoronokkan. Suatu perkara yang sepatutnya berlaku sebelum ini dalam album yang sudah tetapi oleh sebab terlalu mentah dalam bidang ini, akhirnya saya akur akan kelemahan diri.Inilah yang saya katakan dapat memenuhi kehendak "customer" kerana kadang-kadang walaupun kita pakar dalam membuat sesuatu, penilaian orang diluar bidang itu juga harus diambil kira.

Relex Sebentar Diluar Studio(Don & Me)


Nampak Muka yang letih dengan pendengaran yang hampir TEPU...