Thursday, December 27, 2007

My New Album release very coming soon...Year 2008

Kemunculan album percubaan pertama tahun 2005(MTV k'ke)merupakan titik-tolak pengalaman, pengetahuan dan pengajaran yang sangat berguna kepada saya. Sejak dari itu saya telah bertekad untuk meneruskan perjuangan dan cuba menghasilkan satu album yang benar-benar menggambarkan idea dan hala tuju muzik yang saya bawa untuk mewarnai industri muzik di sabah ini.Orang kata "alang-alang mandi, biar sampai basah".Lagipun ini adalah cabaran saya untuk melihat sejauh mana perkara "kebetulan" ini menjadi realiti.Saya telah mulakan projek ini sejak setahun lalu sekitar pertengahan 2006. Sehingga kini album ini secara kasarnya telah siap 80% dan sedang dalam proses mixing.Kali ini saya telah memilih studio dan pemuzik yang lebih berpengalaman dan yang paling penting dapat berkerjasama untuk merealisasikan idea saya sendiri dari segi konsep dan genre yang saya ingin ketengahkan.Studio dan pemuzik yang saya pilih ialah:
1) Apple Studio- Mr. Donovan Linus Nickulas(pemuzik dan penyayi berbakat besar) yang bertanggungjawab dalam proses penyusunan muzik dan Mixing(semua 11 buah lagu).5 lagu telah mendapat sentuhan muzik daripada beliau.



2)Kidz Production - Satu nama kumpulan(KidZ) yang tidak asing lagi di sabah yang mempunyai kualiti muzik dan persembahan yang sudah diiktiraf.Tidak hairanlah mereka ini pernah menjadi artis dibawah naungan Warner Music suatu ketika dulu.6 buah lagu saya telah disusun muzik sepenuhnya oleh ahli kumpulan ini(Mogs) dengan mendapat sentuhan gitar yang bertenaga dan beridentiti dari Mr.Matlan(gitar utama kumpulan KidZ).


3)Tuni Studio - Mr.Herris Yutui telah sudi membenarkan saya menggunakan studio beliau untuk proses Voicing untuk semua trak dalam album saya ini. Ini telah membantu saya mengurangkan masa dan kos berulang-alik KK-JB memandangkan saya berkerja di Johor Baharu.

Berikut adalah tajuk-tajuk lagu yang akan dimuatkan dalam album saya akan datang.
1. Tinomod Nu sumuai mantad doho(Song/Lyiric by: Guadik.Ansiw)
Muzik Arrgmnt: Donovan Linus
2.Sahau Jambatan/Saau Jambatan(2 versi)
Song/Lyiric by:Bro.Julius Tanak
Muzik Arrgmnt: Kidz
3. Oborulong@pusang(Song/Lyiric by: Guadik.Ansiw)
Muzik Arrgmnt: Kidz
4. Pisorow-Sorow(Song/Lyiric by: Guadik.Ansiw)
Muzik Arrgmnt: Kidz
5. Cellia(Song/Lyiric by: Guadik.Ansiw)
Muzik Arrgmnt: Kidz
6. Ladangan Aku Ni Apa(Song/Lyiric by: Guadik.Ansiw)
Muzik Arrgmnt: Kidz
7. Rati Koposion(Song/Lyiric by: Guadik.Ansiw)
Muzik Arrgmnt: Donovan Linus
8. Okou Songulun Koupusan Ku(Song/Lyiric by: Guadik.Ansiw)
Muzik Arrgmnt: Donovan Linus
9. Tamu Kg. Bundu(Featuring Martina)
Song/Lyiric: Unc.Jugeh/Guadik.Ansiw
Muzik Arrgmnt: Donovan Linus
10. Sumandak Tolundus(Song/Lyiric by: Guadik.Ansiw)
Muzik Arrgmnt: Donovan Linus
11. Cinta(Bonus track/Melayu)
Song/Lyiric by: Guadik.Ansiw
Muzik Arrgmnt: Kidz

Saya suka kepada kelainan dan kepelbagaian. Justru itu saya berusaha menjadikan album ini juga mempunyai ciri-ciri variasi.Terdapat gabungan muzik dan rentak lama dan terkini yang digabungkan menjadi satu yg dapat didengar dengan kombinasi yang harmoni.Dari segi konsep dan genre muzik, saya agak cenderung kepada selera masa kini namun masih mengambil beat tradmark lagu-lagu Kadus terutamanya beat Sumazau. Beberapa lagu berentak balada, slowrock, modern rock(indie rock)dan juga sumazau versi baru. Saya cuba-cuba membuat survey dan meminta pendapat daripada rakan2 terdekat.Daripada feedback mereka,antara lagu yang mungkin mendapat perhatian dan hits ialah seperti
1. Tinomod Nu Sumuai Mantad Doho
2. Sahau Jambatan/Saau Jambatan
3. Oborulong
4. Pisorow-sorow
5. Tondu Tolundus
6. Cinta
Dari segi bahasa pula, 6 buah lagu dalam bahasa dusun formal,3 buah lagu dalam bahasa Dusun Tatana(Kuala Penyu), 1 buah lagu kombinasi Dusun formal & Dusun Tatana(Duet) dan 1 buah lagu dalam bahasa Melayu.

Selain saya memastikan konsep muzik dan dan idea saya diguna pakai dalam album ini, saya juga mencuba dan membuat sendiri rekabentuk kulit untuk album ini. Tajuk album pula sekadar meletakkan nama "AdeX 1".Rasionalnya,sekiranya produk pertama ini mencapai sasaran dan mendapat sambutan menggalakan maka produk ke2, ke3 dan seterusnya pada masa akan datang pasti menyusul.Saya juga merasakan sekiranya album ini dapat diterima dan mendapat sambutan baik, maka saya akan berusaha untuk mengeluarkan MTV kareoke pula.Ini bergantung kepada modal(faham-faham sajalah kalau penaja ialah Sdn.Bhd). Album ini dijual dalam bentuk CD sahaja dulu.

Sekarang ini hanya sebuah lagu yang agak kerap diputarkan oleh RTM iaitu lagu bertajak " Saau Jambatan" versi dusun Tatana iaitu antara lagu yang saya akan muatkan dalam album ini yang berentak sumazau. Lagu ini telah alih bahasa(ole Dj Martinin Yukim) menjadi 2 versi iaitu Dusun Tatana dan Dusun formal. Walaubagaimanapun lagu ini hanya demo dan susunan muzik didalam album untuk lagu ini diubah dan berbeza sama sekali.

Akhir sekali saya berharap kehadiran album ini pada tahun 2008 membuka satu tirai dan dimensi baru dalam pengelibatan saya bagi industri muzik dinegeri sabah yang tercinta. Kepada semua pembeli dan peminat lagu-lagu Kadus, belilah yang original dan sokonglah artis tempatan Sabah.Hanya dengan cara ini industri ini dapat dikekalkan dan maju setapak demi setapak...
Selamat Menyambut Tahun 2008...May God bless U all...

***Sample & demo akan saya sediakan dalam blog ini sedikit masa lagi.Check it out...