Friday, October 16, 2009

Vote for my song!!!



Hello Kwn2 yg sudi berkunjung di blog ini,
Sepertimana lagu pertama yg anda dengar didalam preview singingbox blog ini, lagu yang bertajuk "Cellia" terpilih untuk berentap dalam Carta Lagu Popular Dusun(Juara Lagu Dusun)diradio SabahVfm(92.7mz)pada setiap hari Ahad,jam 9.30pm. Justru, kepada anda yang meminati lagu saya, menyokong perjuangan saya dalam memertabatkan bahasa Kadazan-Dusun dalam bentuk hiburan serta dapat dikongsi bersama,saya harap anda tidak keberatan mengundi lagu saya ini untuk merealisasikan hasrat mengangkat lagu ini sebagai "Juara" mingguan.Anda boleh mengundi setiap minggu bermula pada hari isnin-Ahad.Anda boleh mengundi melalui sms dengan cara:
Taip JLD>ADX dan hantar ke 32776( > bermaksud jarakkan).
Lagu bertajuk "Cellia" ini adalah adaptasi dari cerita benar. Lagu ini tidak berniat untuk mengungkit kisah silam atau memberitahu kisah cinta saya tetapi sekadar berkonsi cerita yang mungkin kebanyakan kita pernah lalui. Inilah satu cara kita mengunakan perkara negatif yang menimpa diri kita supaya dapat dimanipulasi menjadi sesuatu yang positif dan bermanfaat.Maka moralnya...sendiri mau fikirlah.Lagu ini sudahpun berada 8 minggu dalam carta dengan pencapaian 3 kali Naib Juara,3 kali tempat ketiga dan minggu lalu tangga ke-5.Undian anda mampu melihat sejauh mana kekuatan lagu ini dan sudah pastinya menjadi titik-tolak saya menghasilkan lagu yg lebih baik daripada ini.Selain disaluran Sabah Vfm(Dusun & Kadazan) lagu-lagu saya juga sering dikeudarakan dalam Saluran SabahFm, SuriaFm dan SandakanFm(Lain-lain tempat belum saya ketahui). Jadi anda boleh meminta lagu2 saya untuk hiburan anda.
Kepada rakan-rakan yang sudi mengundi, saya ucapkan ribuan terima kasih dan sekiranya anda ingin mendapatkan CD atau kaset untuk album ini, sila berhubung terus dengan saya dengan mengemail : adex1306@ymail.com / dickyansi@yahoo.com
Terima kasih atas sokongan anda!!!!

Thursday, June 18, 2009

My new life just begin!!!!

Sesuatu yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini. Memang saya inda minat bah ini bidang dulu. Tapi ntah macamana, minat dan halatuju kita ni sentiasa boleh berubah. Mungkin sudah ditakdirkan kejadiannya begini, jadi beginilah jadinya. Tapi apapun, sa anggap ini "suratan takdir" dan semuanya boleh ditanam dan pupuk. Bila difikir-fikir ngam jugalah sa inda minat ini bidang dulu sebab mahu memberikan saya experiance dibidang yang lain. Nah...sekarang, luas sudah pemandangan dan pandangan saya pasal kehidupan. Dan sekarang ni, macam sa rasa syok2 sudah...haha...bukannya apa bah tapi tidak sudah stress pasal kerja di ofis.Kerja setengah hari pula tu.Inda syok...huhu....
Peristiwa2 sepanjang Jan-Mei 2009

3 jejaka paling GANTENG IP..Junn,Fred & AdeX

Bersama rakan2...


Bersama aweks...huhu...

Kenangan pahit-manis jadi penghulu....kem BIG..Lawak Beb!!!

Good bye!!!



Sedangkan batu bule membesar..inikan pula manusia. Bukan saja bule membesar,memanjang dan melebar tapi juga bule bergerak dan beralih kedudukan.
Nah..inilah cerita sa yang akhirnya pulang ke KG sendiri. Kehilanggan selama 1/2 tahun didalam blog ini tanpa berita sebenarnya panjang ceritanya...hahaha...apapun selamat tinggal Johor Baharu, selamat tinggal bos sa yang berambut tegak,selamat tinggal kawan2 ofis(kebanyakan mama2 bah ) dan selamat tinggal kepada sesiapa saja yang berkaitan dengan kehidupan saya di sana....




Kenangan bersama rakan2 ofis....Good luck for you all. Tahun ni harap2 dapat bonus 3 bulan pulak...hahaha...

Wednesday, December 10, 2008

Persoalan sudah terjawab!




Artis Paling Popular - Ivye Alexandra
Penyanyi Lelaki Popular - Joseph Majakui
Penyanyi Wanita Popular - Esther Elizabeth Applunius
Pelakon Lelaki Popular - Abu Bakar Ellah @ Ampal (Orang Kita 1)
Pelakon Wanita Popular - Clarice John Matha (Percintaan Tanpa Izin 1)
Lagu Paling Popular - Sayang Kinabalu ([Kimin Mudin] Lagu/Lirik: Asmin Mudin)
Telemovie Paling Popular - Orang Kita 1 (Skyline Enterprise)

Anugerah Khas
1. Anugerah Khas Tokoh Lagu Tempatan - Asmin Mudin
2. Anugerah Khas Lakonan - Abu Bakar Ellah @ Ampal
3. Anugerah Khas Utama - Mendiang John Gaisah

Nah..akhirnya teka-teki kini sudah terjawab.Ini keputusan yg dibuat oleh pengundi-pengundi yg bersusah-payah untuk mengundi artis kesayangan mereka.Saya percaya pengiraan undi itu adalah betul.Setelah memembuat sedikit pemerhatian mengenai keputusan ini, saya mula berfikir mengapa ada sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan keputusan ini(komen yg di tulis di dalam blog PERTISA)terutama kategori artis lelaki popular.Saya juga sempat membaca komen dari blog salah seorang aktivis muzik,ahli ilmiah(ngam kah ni istilah)dan artis veteran iaitu Sdr.Ambrose Mudi(http://yangkalamai.blogspot.com/)yg membuat komen yg constructive(sa fikir) demi kemajuan PERTISA akan datang. Beliau ,mendakwa nama Joseph Majakui tidak segah nama artis lain(sbg contoh:Atama) berdasarkan jualan album dan penyiaran lagu artis tersebut di stesen-stesen radio tempatan sehingga menjangkau Austalia dan Singapura(saya dengar-dengar).
Saya boleh bersetuju dengan pendapat ini kerana saya juga tahu pengaruh yang dibawa oleh Atama sangat luar biasa.Namun inilah hakikat yg harus kita terima ketika kita baru melangkah kesuatu arah dan matlamat yag lebih besar.Pasti ada cacat-cela dimana-mana.Oleh sebab itulah kita perlu bersama-sama mencari satu mekanisma yg betul demi mencapai keputusan yg lebih mewakili keadaan sebenar.
Pada hemat saya, kemenangan Saudara Joseph Majakui tiada silapnya kerana jika undian yg dihantar itu lebih banyak daripada artis yg lain, maka dialah pemenangnya.Sekalipun Datuk Siti Norhaliza dipertandingkan bersama-sama beliau, jika tiada satu pun undian yg dihantar oleh peminat beliau ke pejabat pos maka beliau juga tidak boleh berbuat apa-apa. Inilah risiko yg ditanggung jika mekanisma yg kita gunakan sedemikian rupa.
Di awal-awal lagi saya mempunyai firasat bahawa ada kemungkinan keputusan tidak seperti yg dijangka kerana mengundi melalui surat khabar ini agak leceh kerjanya.Dan peminat kiat yg jauh diceruk kampung bagaimana???bila pula dorang ni melangggan Sabah Times tiap-tiap hari. Lebih-lebih lagi jika pengundi melihat tiada tarikan langsung untuk beliau melakukan undian dan menghantar undian kepejabat pos.Lainlah jika ada tawaran pengundi "Bertuah" dengan hadiah-hadiah tertentu, pasti berlori-lorilah undi yang dihantar ke pejabat pengiraan undi.
Apapun yg berlaku, kepada semua yg menang TAHNIAH!!!dan kepada Saudara Joseph Majakui, tahniah dan jangan kecil hati atas komen-komen yg diberikan!!!!saya percaya, anda menang dan layak menang kerana anda telah berjaya mengeluarkan MTV Kareoke pada tahun ini.Dan mungkin inilah, rahmat atas semua usaha anda!!!untuk yg tidak berjaya(Cth spt sia...haha...) cuba lagi tahun depan.Never surrender until your last breath....Aramaiitiii PERTISA...MGBU

Thursday, November 20, 2008

Undian bermula sekarang.


Sudah beberapa hari iklan mengenai pengundian artis2 yg tersenarai dalam anugerah Pertisa yg julung2 kali ini terpampang didada akhbar Sabah Times.Dan seperti dakwaan rakan2 artis lain, ketika ini Sabah Times seolah-olah pisang goreng panas kerana jualan yg mendadak ketika ini. Saya tidak pasti ini ada kaitan lansung dengan iklan pencalonan ini ataupun faktor2 lain diluar sana seperti masalah krisis kewangan dunia yg melanda sekarang.

Tuesday, November 18, 2008

Model Wanted !!!



Helo..kawan2.Sa ingin membuka peluang kepada sesiapa(untuk sumandak saja) yang mempunyai kenalan, kawan2 atau diri sendiri yg berminat untuk menjadi Model dalam MTV kareoke sa supaya dapat menawarkan diri secara sukarela.Sila baca kreteria di bawah:
1. Sabahan dan tinggal, berkerja,belajar ect di sekitar Johor baharu.
2. Umur 16-30thn
3. Mempunyai rupa paras yang menarik
4. Boleh berhadapan dengan kamera
5. Single
Kadar bayaran akan dibincangkan sekiranya calon adalah sesuai.Tolong sebarkan maklumat kepada rakan-rakan atau kenalan anda.
Pls call at 013-8932850 for more details

Anugerah Pertisa Update



Emmm....."berjuta-juta lemon" kemaafan kepada pengunjung blog yg sudi singgah disini untuk melihat update ataupun saja-saja limpas.Orang putih bilang kunun'due to some circumstence this blog neglected" haha...ngamka itu..nah Si Minsulod lah kasi betul tu bahasa huhu..
Cuma mau review sikit pasal Anugerah yang julung2 kali diadakan dan tidak lama lagi ni. Nah kamurang tengolah...berapa banyak ini artis sabah yg keluar untuk mempersembahkan karya mereka.Ini belum lagi dikira artis sana pisuk-pisuk yang inda tau pun ini info. Apapun tahniah kepada PERSATUAN PERTISA yang mengambil inisiatif dan cabaran ini demi membangunkan dan memajukan industri hiburan kita di Sabah.
Saya percaya, jika anugerah ini diteruskan lagi tahun depan, maka artis-artis yg tidak sempat dicalonkan dan mencalonkan hasil karya tentu sekali memasang angan-angan untuk tahun hadapan(Kalau panjang umur la..hehe..mana tau!!). Sedar atau tidak setiap apa yg kita buat sebenarnya memerlukan hasil, kepuasan dan pengitirafan. Jadi anugerah ini merupakan satu egent yang merangsang agar golongan artis ini lebih berusaha keras bukan sahaja sekadar dapat menghasilkan produk dalam kuantiti tetapi kualiti yg boleh dibanggakan.
Sebagai salah seorang yg mempunyai minat yg mendalam dalam bidang ini, saya berharap rakan-rakan artis sentisa terus berusaha dan sentiasa mempunyai "Minda Terbuka".Kerjasama,berkongsi idea & informasi,jujur,menghormati orang lain dan sebagainya.
Jika saya menilai pencalonan yg melibatkan nama saya dalam 2 kategori,tidak keterlaluan jika saya katakan peluang adalah sangat2 tipis untuk menang.Mana kita mau taru nama2 besar seperti Abu Bakar Ella,Clarice,Kimin Mudin,Felix,Francis Landong dan lain-lain.Tentu pengaruh mereka sangat-sangat besar sebesar nama dorang walaupun dorang ni bukan pun besar sangat.Tapi bukan kemenangan itu yang menjadi keutamaan.Apapun yg kita lakukan memerlukan masa orang bilang...dan kalau kita yakin dan berusaha kearah sesuatu siapa bilang produa kancil inda bula race sama proton wira...kalau sudah kana pasang Turbo...nah molupat itu kancil terus sana meyebarang itu sungai padas...
So...for all candidates for Anugerah pertisa 2008....Good Luck & All the Best
Kepada peminat & penyokong Pls vote for us at Sabah Times.Check it out!!!!