Friday, November 23, 2007

Welcome to my house


Hi Teman-teman, Sahabat, Peminat dll, SALAM PINIRUBAAN OM POINTUTUNAN!! Terlebih dahulu saya mengucapkan Ribuan Terima Kasih diatas kunjungan anda ke blog ini. Samada anda sahabat, rakan-rakan yang mengenali atau baru mengetahui nama saya,kunjungan ANDA ini adalah satu rahmat yang amat besar dan tidak terhingga kepada saya. Sekiranya anda mengenali saya, kunjungan ini merupakan satu bonus yang membolehkan anda melihat saya dari aspek yang lain. Kepada mereka yang baru mengenali saya, kunjungan ini adalah satu permulaan anda mengetahui lebih banyak perkara mengenai saya. Blog ini dibuat agar info terbaru mengenai aktiviti seni saya dapat dikongsi bersama.

Ikhlas Tapi Jauh
AdeX




The Accidental Singer
Saya masih ingat lagi sebuah filem yang saya tonton beberapa tahun dahulu(ketika masih menuntut di USM,Penang) yang bertajuk "Accidental Hero". Filem ini diperkenalkan oleh rakan senior saya. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang meninggalkan rumahnya kerana menghadapi pelbagai masalah peribadi, kerjaya dan keluarga tiba-tiba menjadi penyelamat kepada semua penumpang didalam kapal terbang yang terhempas didalam pendaratan cemas di tengah jalan raya tetapi terbabas ke sebuah sungai. Lelaki berkenaan yang kebetulan lalu di kawasan tersebut pada waktu tengah malam/subuh terpaka pergi menyelamatkan mangsa2 yang terperangkap didalam kapal walaupun pada mulanya beliau enggan memberi bantuan.Bukan pasal saya pun hero seperti dlm filem ini cuma sa rasa ada sedikit perkaitan dan inspirasi dari cerita ini. Malah menjadi penghibur ini adalah idea gila dan sukar saya percaya. Semua hanya kebetulan..Mungkin saya banyak berfikir dan menilai sesuatu. Saya percaya adalah satu pembaziran jika tidak menggunakan bakat yang dianugerahkan olehNYA terutamanya mencipta lagu dan menyayi itu. Saya sebenarnya mula menyanyi sejak kecil dan sejak saya tahu serta faham bahasa melayu. Ketika dulu saya amat meminati lagu-lagu melayu terutamanya irama rock seperti era kegemilangan Search & Wings.

Mungkin juga DIA menunjukkan saya jalan ini sehinggalah berlaku sesuatu kepada diri saya yang banyak mengubah cara pemikiran dan menterjemahkan sesuatu kejadian lalu menjadi positif dan bermanfaat.


Keratan akhbar diawal-awal pembabitan saya dalam bidang ini pada thn 2005..konon-kononya



Secara peribadi & ikhlas, saya mengatakan bahawa album ini sebenarnya banyak kekurangan dari banyak segi. Itu memang saya akui. Daripada awal sehinggalah album ni dipasarkan pelbagai masalah membelanggu saya.Sebab inilah saya memutuskan untuk mengeluarkan produk pertama saya ini dalam bentuk "limited edition". Album pertama ini hanya dalam bentuk MTV karaoke(Bertajuk "Potunudo Aku Noh").

Inilah hasil penampilan pertama dalam MTV karaoke. Banyak yg perlu diperbaiki


Saya dapat melihat masalah teknikal dan kekurangan pengetahuan telah mempengaruhi keseluruhan persembahan dalam album ini. Ini sebenarnya diluar kawalan dan pengetahuan saya pada ketika itu.Akhirnya saya akur ini mungkin yang terbaik buat masa itu tetapi saya pasti boleh melakukan jauh lebih baik selepas ini.....


Ketika turut serta membuat persembahan di Kompleks karamunsing






Kaamatan 2007 Johor Baharu

* Sempat pula jadi pengadil pertandingan sugandoi..Kunun-kunun...


***Sedang fokus mangkali tu...



***Di sebelah sa Mr. Lorence Yutui



*** Pengadil sorang lagi tidak kelihatan. Di sana

sebelah ba dia.Mr. Herris Yutui

*** Pening kepala mau dingar dorang nyanyi.Lebih 20 orang ooo..banyak juga power-power macam power ranges.


Yang ini sa buat persembahan lah kunun...Lepas terkena pukulan lihing.Macam out-out jugalah..tapi gemuruh lah juga tepukan...hehe...nda tau dorang tepuk apa....
















Yang ini sa sama Mr. Abu Bakar Ellah(Ampal) semasa sa p tengok Kaamatan di Klang Valley, KL
Dia jadi MC and perform...memang Artis Versatile bah dia ni..."Orang Kita" juga...
















Terbaru...lepak-lepak dengan beberapa org member. Sempat juga berposing
bersama DJ Mark(RTM Sabah VFM-Kadazan)
Sporting juga dia ni...hehe...